Merangkai Kursus Secara Interdisiplinary
Oleh Muhaimi Suhaili
Syarat merangkai ialah kumpulan pelajar ialah ambilan yang sama dan mengambil kursus-kursus yang sama. Berikut ialah contoh kursus-kursus yang dirangkai melibatkan jabatan-jabatan yang berbeza dan jabatan yang sama.
1. Contoh merangkai bagi kursus-kursus yang ditawarkan oleh jabatan yang berbeza.
PPISMP Semester 1
GWCP1042 Penulisan Akademik
HPK 2 - Mengaplikasikan penanda wacana, kemahiran membuat rujukan serta struktur dalam penulisan akademik. (C3, HP2, KKG1)
PENULISAN 50%
BMMB1084 Asas Tatabahasa Bahasa Melayu
HPK1 - Menerangkan tentang pengenalan tatabahasa dan asas morfologi bahasa Melayu. (C2, HPP1)
PENULISAN 30%
TUGASAN 1: PENULISAN
Morfologi merupakan bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk dan proses pembentukan kata. Dalam bahasa Melayu, aspek pembentukan kata dan golongan kata amat penting untuk memastikan penggunaan bahasa yang tepat dan gramatis. Selain itu, kemahiran menulis dalam wacana penulisan akademik juga sangat penting bagi memastikan maklumat yang disampaikan itu diterima dengan berkesan.
Secara individu anda dikehendaki menghuraikan tentang proses pembentukan kata bagi kata majmuk dan golongan kata bagi kata kerja aktif dan kata kerja pasif (BMMB1084) dengan mempraktikkan kemahiran menulis seperti penanda wacana, kemahiran membuat rujukan serta struktur dalam penulisan akademik (GWCP1042)
2. Contoh merangkai bagi kursus-kursus yang ditawarkan oleh jabatan yang sama.
PPISMP Semester 2
BMMB3203 Morfologi Bahasa Melayu
HPK 3: Membincangkan pembentukan perkataan baharu dan isu kesalahan kata dari sudut morfologi. (C5, A3, HPP2, HPP5, KKG9, KMK5)
PENGHASILAN PRODUK 30%
BMMB3213 Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah
HPK 3: Menghasilkan bahan untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran berasaskan aplikasi teknologi terkini. (C6, A4, HPP2, HPP6, KKG5, KMD2)
PENGHASILAN PRODUK 30%
BMMB3223 Pengajaran Kemahiran Bahasa dalam Bahasa Melayu
HPK3 Menghasilkan Rancangan Pengajaran Harian berserta bahan bantu belajar bagi pengajaran dan pembelajaran kemahiran bahasa Melayu. (C6, A4, HPP2, HPP6, KKG5, KMD2)
PERSEMBAHAN 25%
TUGASAN 2: PENGHASILAN PRODUK
Sebelum melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, seseorang guru hendaklah menyediakan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang mengandungi aktiviti dan bahan bantu belajar (BBB) yang sesuai. Guru yang kreatif sentiasa memikirkan idea-idea baharu terutama dalam mereka bentuk aktiviti pembelajaran yang menggunakan BBB berbentuk inovasi digital.
Secara berkumpulan, anda dikehendaki menghasilkan satu Rancangan Pengajaran Harian (RPH) (BMMB3223) dan bahan bantu belajar digital yang mengandungi aktiviti pengajaran dan pembelajaran (BMMB3213) bagi kemahiran menulis Bahasa Melayu dengan menekankan aspek yang berkaitan dengan isu penulisan morfologi (BMMB3203).
Beberapa Pautan Penulisan Artikel KPPB yang berkaitan:
KPPB: Merungkai Kurikulum - Konsep dan Kepentingan dalam Perancangan Pengajaran
KPPB: Merungkai - Mencerakin HPK dalam MK
KPPB: Membentuk Konsep Mikro dan Makro
KPPB: Konsep Mikro dan Makro kepada The Big Idea (TBI)
KPPB: Essential Question (EQ) atau Soalan Pencetus Idea
KPPB: Hasrat Pembelajaran dan Kriteria Kejayaan
KPPB: Konsep Understanding by Design atau Kefahaman melalui Reka Bentuk (KmR) dan Rasionalnya
KPPB: Pelaksanaan Kurikulum Secara Stand Alone atau Interdisiplinary
KPPB: Merangkai Kursus Secara Interdisiplinary
KPPB: Elemen Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (KPPB) dalam Pentaksiran Berterusan
Pemetaan Domain Pembelajaran - Kluster - Hasil Pembelajaran - Kemahiran Insaniah
Konsep OPD-KPPB oleh Mimma Sayuti Mat Khalid
*****