KPPB: Menangani Perubahan
Oleh Muhaimi Suhaili
KPPB harus menangani perubahan
Untuk kekal relevan, KPPB harus dapat menangani perubahan. Setiap Kali Sokongan Profesional dan Showcase dilaksanakan sejak tahun 2018, KPPB telah banyak mendapat maklum balas ke arah penambahbaikan. KPPB sentiasa mengemas kini standard yang ditetapkan bagi memenuhi tuntutan semasa Dan kalis masa depan. Inilah produk IPGM sesuai dengan moto, IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Bertaraf Dunia.
Analogi
Produk telefon umpamanya, akan kekal di hati pengguna jika dapat menangani sebarang perubahan.
Kalau tidak, akan menjadi nasib yang sama dengan telefon generasi awal, atau televisyen hitam putih yang tidak dapat bertahan lama.

Sumber gambar: Time.com. Martin Cooper mencipta telefon bimbit pertama ketika bekerja di Motorola.

Untuk kekal relevan, produk seperti telefon seharusnya dapat menangani perubahan.
Zaman 1G ialah penghasilan banyak alat telekomunikasi, tetapi tidak ada di pasaran lagi kerana sudah ketinggalan.
Kini, zaman 5G mengambil tempat.
Selepas ini apa lagi?
Yang pasti akan berubah dan terus berubah.

Ini hanyalah analogi. KPPB samalah dengan telefon. Kalau hendak kekal relevan, perlulah menangani perubahan dalam dunia yang sentiasa berubah. Bukan sahaja KPPB perlu berubah, tetapi seluruh warga IPGM kena berubah.
Untuk menjadikan KPPB kekal relevan, sifat dinamik dan fleksibiliti telah ada pada KPPB untuk menjadi kekal relevan dan bersaing di pasaran antarabangsa mengikut acuan Malaysia.
Beberapa Pautan Penulisan Artikel KPPB yang berkaitan:
KPPB: Merungkai Kurikulum - Konsep dan Kepentingan dalam Perancangan Pengajaran
KPPB: Merungkai - Mencerakin HPK dalam MK
KPPB: Membentuk Konsep Mikro dan Makro
KPPB: Konsep Mikro dan Makro kepada The Big Idea (TBI)
KPPB: Essential Question (EQ) atau Soalan Pencetus Idea
KPPB: Hasrat Pembelajaran dan Kriteria Kejayaan
KPPB: Konsep Understanding by Design atau Kefahaman melalui Reka Bentuk (KmR) dan Rasionalnya
KPPB: Pelaksanaan Kurikulum Secara Stand Alone atau Interdisiplinary
KPPB: Merangkai Kursus Secara Interdisiplinary
KPPB: Elemen Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (KPPB) dalam Pentaksiran Berterusan
Pemetaan Domain Pembelajaran - Kluster - Hasil Pembelajaran - Kemahiran Insaniah
Konsep OPD-KPPB oleh Mimma Sayuti Mat Khalid
*****