Praktikum: Kefahaman Melalui Reka Bentuk (KmR) dan Langkah-langkah Pengajaran dan Pembelajaran
Oleh Muhaimi Suhaili
Apakah perkara penting untuk mereka bentuk pengajaran dan pembelajaran yang berkesan?
Berikut ialah langkah-langkah untuk mereka bentuk suatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang benar-benar berfokus dan bermakna berdasarkan Kefahaman melalui Reka Bentuk.
Langkah-langkahnya ialah:
1. Mengenal pasti Dokumen Standard
2. Merungkai Dokumen Standard
3. Membina Instrumen Penilaian
4. Mereka bentuk pembelajaran
5. Melaksanakan interaksi pembelajaran
6. Membuat refleksi
Huraian setiap langkah-langkah di atas adalah seperti berikut.
1. Dokumen Standard
- Rujuk standard kandungan (SK) dan standard Pembelajaran (SP) dalam rancangan tahunan atau penggal/semester.
2. Merungkai Standard
- Merungkai SK dan SP dengan memahami secara mendalam kemahiran, pengetahuan dan kriteria-kriteria tertentu yang ditetapkan.
3. Membina Instrumen Penilaian
- Pendekatan ini menggunakan backward design.
- Berdasarkan dokumen standard yang telah dikenal pasti di atas, guru mereka bentuk pentaksiran berdasarkan dokumen standard tersebut.
- Merancang item pentaksiran berdasarkan SK dan SP.
- Membina item penilaian dua set (jika hendak mengukur keberkesanan untuk tujuan membuat inovasi). Jika tidak memadai satu set item penilaian sahaja.
- Membina item untuk murid pemulihan
- Membina item untuk murid pengayaan
(i) 1 set prapenilaian (dilaksanakan sebelum aktiviti pengajaran dan pembelajaran)
(ii) 1 set pascapenilaian (selepas selesai langkah-langkah pengajaran dan pembelajaran iaitu pada langkah keempat sebelum penutup)
4. Mereka bentuk pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan Kaedah SIKAAPP
Set Induksi (SI) (5 minit)
- Murid diperkenalkan dengan isi pelajaran (kemahiran dan pengetahuan).
- Mengenali pengetahuan dan kemahiran.
- Merancang mereka bentuk set induksi.
- Ringkas, mudah Dan bermakna.
- Menggambarkan atau menterjemahkan pengetahuan yang akan dipelajari.
- Mengaitkan reka bentuk yang dihasilkan dengan pengetahuan yang diajar berdasarkan SK dan SP yang telah dirungkai.
- Set induksi hendaklah mudah, mengambarkan pengetahuan yang akan dipelajari murid, minimalist, menarik dan ada kaitan dengan pengetahuan yang akan dipelajari.
Langkah 1: Konsep (K) (15 minit)
- Peringkat pemerolehan: Murid memperoleh kemahiran dan pengetahuan berdasarkan dokumen standard melalui penerangan guru.
- Memahami kemahiran dan pengetahuan.
- Pengetahuan yang murid perlu tahu berdasarkan SP dan SK.
- Kemahiran yang murid perlu kuasai berdasarkan SP dan SK.
- Aktiviti melibatkan murid pada skala kecil.
- Melibatkan individu murid, berpasangan atau semuanya.
- Belum melibatkan aktiviti secara berkumpulan.
Contoh SK & SP: Memahami, mengenal pasti dan menggunakan penjodoh bilangan (PB) mengikut konteks.
Pengetahuan yang perlu murid tahu ialah:
- Peringkat murid perlu tahu sahaja (pengetahuan)
- Belum dalam bentuk aplikasi lagi (secara berkumpulan)
- Cuma dalam skala kecil seperti melibatkan individu murid, berpasangan atau setiap murid yang ada di dalam kelas tersebut.
- Definisi penjodoh bilangan
- Ciri-ciri, sifat-sifatnya
- Jenis-jenis penjodoh bilangan
- kategori
- Takrifan setiap jenis
- Contoh-contoh penjodoh bilangan mengikut jenis
- Perbezaan jenis-jenis tersebut
- Aktiviti dalam konsep, murid hendaklah dapat 'memahami, mengenal pasti, dan menggunakan kata penjodoh bilangan mengikut konteks'.
- Jika murid tahu definisi PB, jenis-jenisnya, takrifan setiap jenis, contoh-contoh PB setiap jenis, Dan contoh-contoh penggunaannya dalam bentuk ayat mengikut konteks, maknanya murid itu telah diberikan pemahaman tentang pengetahuan atau maklumat yang murid perlu tahu. Dengan perkataan lain, murid telah mencapai standard 'memahami, mengenal pasti dan menggunakan PB mengikut konteks'.
Kemahiran yang perlu murid kuasai ialah:
- Memahami & mengenal pasti: definisi PB, jenis-jenisnya, takrifan setiap jenis, contoh-contoh PB setiap jenis
- Menggunakan: Contoh-contoh penggunaan PB dalam bentuk ayat berdasarkan konteks
- Cabaran kepada guru adalah untuk menyampaikan maklumat itu dalam tempoh 15 minit.
- Ketika inilah inovasi muncul malah teknik dan reka bentuk yang dirancang dengan rapi akan membolehkan maklumat itu disampaikan dengan berkesan.
Langkah 2: Aktiviti 1 (A) (13 minit)
- Peringkat penguasaan bawah Pasakan Pertama.
- Murid menguasai kemahiran dan pengetahuan melalui aktiviti pembelajaran dengan menggunakan strategi yang berkesan dan kreatif.
- Mengaplikasikan kemahiran dan pengetahuan.
- Aktiviti secara berkumpulan
- Menekankan PAK 21 (Komunikasi, Kolaboratif, Pemikiran kritis, Pemikiran kreatif, dan Nilai).
- Aktiviti langkah 2 ialah memperkuat pengetahuan yang perlu dikuasai murid iaitu kemahiran 'memahami dan mengenal pasti' seperti dalam SK dan SP.
- Aktiviti yang direka bentuk menjurus kepada apa murid buat untuk menterjemahkan SP Dan SK.
- Dicadangkan aktiviti Langkah 2 dapat hit kepada pengetahuan dan kemahiran yang terkandung dalam SK dan SP secara keseluruhannya.
- Guru perlu fikir, apakah aktviti yang sesuai untuk mencapai SK dan SP.
Langkah 3: Aktiviti 2 (A) (10 minit)
- Peringkat penguasaan bawah Pasakan Kedua.
- Murid menguasai kemahiran dan pengetahuan melalui aktiviti pembelajaran dengan menggunakan strategi yang berkesan dan kreatif.
- Mengaplikasikan kemahiran dan pengetahuan.
- Masih dalam aktiviti berkumpulan
- Aktiviti tersebut hendaklah berbeza dengan aktiviti berkumpulan pada Pasakan Pertama.
- Aktiviti pada langkah ini fokus kepada penggunaan ayat mengikut konteks.
- Kalau murid dapat 'menggunakan' penjodoh bilangan berdasarkan konteks dalam bentuk ayat, bermakna murid sudah mencapai peringkat 'memahami dan mengenal pasti' kata PB itu sendiri.
- Maknanya aktiviti ini mencapai SK dan SP tersebut.
Langkah 4: Penilaian (P) (12 minit)
- Murid dinilai berdasarkan dokumen standard yang dirungkai.
- Penilaian: Murid diberikan penilaian dengan menggunakan item yang telah dibina dalam peringkat backward design)
- Tambahan sebagai pengukuhan: Murid diberikan latihan tambahan iaitu murid pemulihan (lemah) untuk Latihan Pemulihan, dan murid pengayaan (sederhana dan pandai) diberikan Latihan Pengayaan dengan menggunakan item yang dibina di peringkat backward design.
Penutup (P) (5 minit)
- Merumus kemahiran dan pengetahuan yang telah dipelajari.
- Ringkas.
- Bersifat refleksi tentang apa yang telah dipelajari
- Rumusan secara keseluruhan
- Kepentingan digunakan dalam kehidupan seharian
- Cari kaedah yang lebih kreatif.
- Elak menggunakan pendekatan konvensional.
5. Melaksanakan insteraksi pembelajaran
Melaksanakan interaksi pembelajaran yang sebenarnya berdasarkan Rancangan Pengajaran HArian (RPH) yang telah direka bentuk.
6. Membuat Refleksi
Membuat refleksi keberhasilan dan menganalisis PMi (plus, minus, improvement) dari aspek kekuatan, kekurangan dan penambahbaikan.
*****